4. Paparan ayat al-Quran, ayat 6 : Surah al-Maidah beserta maksudnya. | - Dalam firman Allah ada menyebut mengenai wuduk iaitu dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:-
6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. |
|
8. Gambar-gambar sestengah anggota wuduk dari sudut saintifik. | Namun, dalam melakukan ibadah berwuduk, kesempurnaan adalah amat dipentingkan kerana tanpa kita sedari setiap rukun yang dilakukan dengan betul dan sempurna akan mendatangkan kelebihan kepada seseorang individu seperti menyihatkan dan menyegarkan badan. Oleh kerana itulah, wuduk telah difardukan ke atas Umat Islam untuk diamalkan. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 8098 orang dijangkiti virus coronavirus penyebab wabak SARS sejak 2003 di seluruh dunia dan 774 orang meninggal dunia. Mengikut pakar-pakar, salah satu cara perlu dilakukan untuk mencegah merebaknya wabak ini adalah kerap mambasuh tangan. Menurut Dr. Julie Gerberding, Pengarah Disease Control and Prevention (CDC) Amerika “pembersihan tangan merupakan satu-satunya langkah yang penting untuk mencegahnya kuman-kuman” Berkumur, dari segi fizikalnya dapat membersihkan mulut dan rongga mulut. Menurut Prof. Plinus, seorang pakar bakteria mengatakan : “Air yang kumuran terdapat 40 juta benih-benih penyakit dari pelbagai macam, seperti Basil, Vebrio, Spiril, Coccus seperti Diiplacoccus, Streptcoccus, Stephylococcus, Spirocheata, virus dan lain-lain.” Menurut Malaysia Healthcare Guide (1997) “cara terbaik mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan ataupun paling kurang dengan berkumur mulut. Manakala dari segi dalamannya, berkumur adalah bermakna membersihkan mulut dari maksiat, termasuk bercakap bohong dan dengan berkumur berharap mulut ini hanya digunakan untuk kebaikan. Memasukkan air ke hidung kemudian mengeluarkan semula dikenali sebagai istinsyaq Menurut pakar dari Universiti Alexandria, Ianya adalah amalan membersihkan hidung serta menghilangkan sisa-sisa debu dan kotoran ketika proses pernafasan berlaku. Hidung sebagai tempat pembiakan kuman, sekiranya berwuduk di hidung. Dapat membersihkan hidung, serta menghilangkan jangkitan kuman. Menurut kajian perubatan, istinsyaq boleh menghilangkan 11 jenis bakteria berbahaya dalam hidung yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan, radang paru-paru, rheumatism dan penyakit rongga hidung. Memasukkan air ke hidung sekali, dapat membersihkan ½ jumlah kuman. Sekiranya memasukkan dua kali, ia menambah 1/3 kebersihan. Tetapi sekiranya dimasukkan sebanyak tiga kali, pasti hidung benar-benar bersih daripada kuman. Membasuh muka secara zahiriyah ia sangat berguna untuk menjaga kulit wajah agar tetap segar, sihat dan bersih dari kuman serta penyakit. Menurut Dr. Magomed Magomedov, “apabila orang menyentuh muka semasa berwuduk akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, saraf dan sistem peranakan. Dari segi batiniyah, dengan membasuh muka ianya bermakna muka ini akan bersih dari kemaksiatan, bersih dari memandang rendah kepada orang lain dan menjadikan muka penuh dengan keramahan dan keceriaan. Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku secara tidak lansung mampu untuk menghilangkan kuman yang terdapat pada tangan. Seperti dalam kajian yang telah dijalankan terhadap 305 pelajar sekolah di Detroit, kanak-kanak yang membasuh tangan empat kali sehari, tahap kehadirannya lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang kurang membasuh tangan, tahap kehadiran ke sekolah adalah rendah, ini kerana mereka mudah menghidap sakit perut dan penyakit pernafasan. Tambahan lagi, dalam tabloid Medical News Today bertajuk Handwashing Could Save One Million Children’s Live Each Year yang bertarikh 11 Jun 2004 menyatakan bahawa tabiat membasuh tangan yang sempurna dapat menyelamatkan lebih dari satu juta kanak-kanak yang berumur bawah satu tahun di negara miskin. Sekiranya kanak-kanak ini tidak berbuat demikian, mereka akan mudah menghidapi cirit-birit dan radang paru-paru (pneumonia). Manakala secara maknawinya, membasuh tangan adalah mengharapkan tangan itu bersih dari melakukan kezaliman, mencuri, rasuah dan supaya tangan melakukan amal kebaikan. Bagi meransang bahagian otak pula, wuduk ada caranya iaitu dengan menyapu air ke kepala. Kepala akan menjadi lebih ringan dan sejuk, ini bermakna tekanan yang ada di kepala akan berkurangan dan sekali gus membolehkan otak bergerak dengan lebih lancar. Tambahan pula, ketika menyapukan air di kepala, kita mengharapkan supaya fikiran menjadi bersih dari rancangan-rancangan jahat dan supaya ianya dipenuhi dengan pemikiran yang mampu membawa kearah positif. Kaki yang digunakan untuk berjalan juga merupakan aspek penting dalam wuduk. Secara logiknya, sememangnya kaki manusia tidak dapat lari daripada kekotoran. Menurut Dr. Magomed, apabila kaki kanan digosok dan dibasuh, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan pinggang. Bagi kaki kiri pula, saraf berperanan mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak untuk mengawal sistem endokrin. Oleh yang demikian, Islam telah menyuruh umatnya supaya membersihkan kaki sebelum memijak tempat sembahyang. Apabila rukun membasuh kaki ini dilaksanakan, maka ianya berharap agar kaki yang di basuh tadi, tidak akan melangkah ke tempat maksiat, sebaliknya melangkah ke tempat kebenaran dan juga kebaikan. Akupuntur Melalui kaedah perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih dari 700 kawasan yang aktif biologinya. 66 daripadanya jika diransang akan menghasilkan kesan positif, dan yang menakjubkan 61 daripada kawasan tersebut adalah kawasan utama untuk berwuduk. Antaranya 5 kawasan yang terletak di antara buku lali dan lutut. Ini dapat dibuktikan lagi melalui artikel Muslims Rituals and Their Effect on The Person’s Health oleh Dr. Magomed Magomedov, yang telah menyatakan: “Wuduk rangsang pusingan biologi manusia tertentu (kawasan aktif biologi), jika dirangsang dapat memberi kesan positif seseorang.” Seimbangkan suhu badan Suhu badan normal manusia adalah 37°c, dan kadangkala suhu badan boleh meningkat melebihi paras normal, ini mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan demam. Kebiasaannya, ada beberapa cara yang akan diambil bagi menurunkan kembali suhu badan, antaranya berendam di dalam air dan akan menuam dahi menggunakan ais. Apabila dikaji, didapati bahawa cara tersebut tidak mampu menurunkan suhu, sebaliknya akan meningkatkan lagi suhu dalam masa ynag singkat. Ini kerana cara tersebut menjadikan pembuluh darah berada bawah pengaruh suhu dingin dan hanya akan menyimpan suhu panas yang berkumpul dalam badan, bukan menghilangkan panas. Sebenarnya cara yang paling berkesan adalah menyapu kain yang basah ke seluruh badan. Perkara ini jika dilihat konsepnya sama dengan berwuduk, oleh sebab itu apabila selesai berwuduk, anda tidak digalakkan untuk menyapu kering wuduk tersebut dan wuduk itu harus dibiarkan meresap ke dalam kulit. |
|
9. Paparan 7 air mutlak, dimulai dengan air sungai, air laut, air hujan, air perigi, air embun, air mata air dan salji. | Bagi menjamin wuduk yang digunakan sah untuk digunakan bagi tujuan-tujuan ibadah, wuduk tersebut mestilah menggunakan air mutlak. air mutlak adalah air yang suci lagi menyucikan, tiada keraguan pada air tersebut tentang kebersihannya. Air mutlak juga adalah air yang bebas daripada bau, rasa dan warna najis. Terdapat tujuh air yang dikategorikan sebagai air mutlak iaitu air sungai, air laut, air hujan, air perigi, air embun, air mata air dan salji. |
|