Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Syukran Di Atas Kunjungan. Untuk Mendapatkan Paparan Lebih Baik, Sila Gunakan Browser Mozilla Firefox. Syukran
Thursday, April 9, 2009

Wudhu (Ablution for Prayer)

Posted by Muslim Rituals


The Holy Prophet (peace be on him) said,

"WUDHU is the key to prayer as prayer is the key to Paradise. ISLAM lays extreme stress on cleanliness and "TAHARAT".

As external actions have deep impact upon internal feelings, such as artificial crying makes a person sad as well as artificial laughter makes one happy so is cleanliness and ablution.

Purified body lends to purity of mind, however, cleanliness which is ablution, or wudhu, has been made compulsory before each prayer and in certain cases even a full bath has been made obligatory before prayer.

PHILOSOPHY OF WUDHU

A Muslim is required to perform ablution (Wudhu) before Salat. Ablution prepares one mentally for Salat and it also helps concentration in prayer. It is essential to wash or moisturize these parts of the body to generate concentration because the dispersion of thoughts is due to the keenness of the body's five senses. The centers of the five senses are the eyes, ears, nose mouth, hands and feet. It has been proven from the expertise of neurologists that the chain of thought can be rerouted by cooling fingers of the hands and feet. They also say that concentration of thoughts can be achieved by cooling the nerv-ends. That is the Philosophy of Wudhu. A Mulim stands before his Creator by cooling nerve-ends of his body with Wudhu water and concentrating all his thoughts for the worship of the All-Mighty.

In Wudhu, we wash or moisturize the nerve-ends of the hands, feet, hair, mouth, nose and ears. All the main nerve-ends of the body are touched in Wudhu in one way or another. Perfect concentration of thoughts to create the proper worshipping atmosphere is thus attained.

As we learn from everyday experience that a person who has fainted can be brought back to his consc iousness by sprinkling water on his face, hands and feet which clearly proves our theory. That is why a Muslim is expected to achieve his external as well as internal consciousness by performing Wudhu.

Cleanliness and dirt are not compatible. Allah is clean and whosoever loves Him must be clean, externally as well as internally. Prayer, which is contact with Allah, is therefore unacceptable unless the person, who wants to contact his Lord, is clean. The Holy Prophet (peace be on him) said,
"The prayer of a person who does "HADATH" (passes urine, stool or wind) is not accepted till he performs or repeats Wudhu, the ablution."

Because the Muslim Ummah is expected to be the cleanest by performing ablution at least five times a day, the Holy Prophet (peace be on him) therefore, gave glad tidings that "On the day of Resurrection, my followers will be called "Ghurrul Muhajjaleen" the bright armed and bright faced, from the traces of ablution on them. Therefore, whosoever can increase the area of his radiance should try to do so by always performing ablution before the prayers. (Bukhari, Kitabul Wudhu).

[+/-] Show Full Post...

Contoh Skrip Dokumentari Wudhu

Posted by Muslim Rituals




VISUAL

SKRIP

DURATION

1. Montage

-Tiada-


2. Video interview orang awam

-Tiada-


3. Gambar air sungai mengalir deras

Air sembahyang atau lebih dikenali sebagai Wuduk, ialah satu ibadat yang sering kali dilakukan sebelum menunaikan solat atau untuk bertujuan membaca al-Quran. Wuduk adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Dari segi syarak wuduk bermaksud membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat..



4. Paparan ayat al-Quran, ayat 6 : Surah al-Maidah beserta maksudnya.

- Dalam firman Allah ada menyebut mengenai wuduk iaitu dalam Surah al-Maidah ayat 6 yang bermaksud:-


6. Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


5. Orang sedang berwuduk bermula dari niat hingga tertib beserta perkara-perkara sunat.

Wuduk juga seperi solat, perlu dilakukan dengan tertib dan mempunyai rukun wuduk yang tersendiri. Bermula dengan membaca niat : "نويت الوضوء لله تعالى" “Sahaja aku berwuduk kerana Allah Taa’la”. Diikuti dengan membasuh muka, seterusnya, membasuh kedua belah tangan sehingga ke siku, menyapu air ke sebahagian kepala, membasuh kedua belah kaki sehingga ke buku lali, dan semua itu perlu dilakukan dengan turutan yang betul. Selain rukun yang wajib, ada juga perkara-perkara sunat yang boleh diselitkan dalam rukun wuduk. Antaranya ialah membaca Basmalah, istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung), berkumur-kumur dan membasuh telinga. Dalam masa yang sama, kita juga digalakkan untuk melakukan rukun-rukun tersebut sebanyak tiga kali.


6. Montage

-Tiada-


7. Video temuramah pakar Dr. Monika@Munirah binti Abd. Razak, Jabatan al-Quran, Universiti Malaya.

-Tiada-


8. Gambar-gambar sestengah anggota wuduk dari sudut saintifik.

Namun, dalam melakukan ibadah berwuduk, kesempurnaan adalah amat dipentingkan kerana tanpa kita sedari setiap rukun yang dilakukan dengan betul dan sempurna akan mendatangkan kelebihan kepada seseorang individu seperti menyihatkan dan menyegarkan badan. Oleh kerana itulah, wuduk telah difardukan ke atas Umat Islam untuk diamalkan. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 8098 orang dijangkiti virus coronavirus penyebab wabak SARS sejak 2003 di seluruh dunia dan 774 orang meninggal dunia. Mengikut pakar-pakar, salah satu cara perlu dilakukan untuk mencegah merebaknya wabak ini adalah kerap mambasuh tangan. Menurut Dr. Julie Gerberding, Pengarah Disease Control and Prevention (CDC) Amerika “pembersihan tangan merupakan satu-satunya langkah yang penting untuk mencegahnya kuman-kuman”

Berkumur, dari segi fizikalnya dapat membersihkan mulut dan rongga mulut. Menurut Prof. Plinus, seorang pakar bakteria mengatakan : “Air yang kumuran terdapat 40 juta benih-benih penyakit dari pelbagai macam, seperti Basil, Vebrio, Spiril, Coccus seperti Diiplacoccus, Streptcoccus, Stephylococcus, Spirocheata, virus dan lain-lain.” Menurut Malaysia Healthcare Guide (1997) “cara terbaik mencegah kerosakan gigi ialah dengan menggosok gigi setiap kali selepas makan ataupun paling kurang dengan berkumur mulut. Manakala dari segi dalamannya, berkumur adalah bermakna membersihkan mulut dari maksiat, termasuk bercakap bohong dan dengan berkumur berharap mulut ini hanya digunakan untuk kebaikan.

Memasukkan air ke hidung kemudian mengeluarkan semula dikenali sebagai istinsyaq Menurut pakar dari Universiti Alexandria, Ianya adalah amalan membersihkan hidung serta menghilangkan sisa-sisa debu dan kotoran ketika proses pernafasan berlaku. Hidung sebagai tempat pembiakan kuman, sekiranya berwuduk di hidung. Dapat membersihkan hidung, serta menghilangkan jangkitan kuman. Menurut kajian perubatan, istinsyaq boleh menghilangkan 11 jenis bakteria berbahaya dalam hidung yang menyebabkan jangkitan saluran pernafasan, radang paru-paru, rheumatism dan penyakit rongga hidung. Memasukkan air ke hidung sekali, dapat membersihkan ½ jumlah kuman. Sekiranya memasukkan dua kali, ia menambah 1/3 kebersihan. Tetapi sekiranya dimasukkan sebanyak tiga kali, pasti hidung benar-benar bersih daripada kuman.

Membasuh muka secara zahiriyah ia sangat berguna untuk menjaga kulit wajah agar tetap segar, sihat dan bersih dari kuman serta penyakit. Menurut Dr. Magomed Magomedov, “apabila orang menyentuh muka semasa berwuduk akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge­) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing, saraf dan sistem peranakan. Dari segi batiniyah, dengan membasuh muka ianya bermakna muka ini akan bersih dari kemaksiatan, bersih dari memandang rendah kepada orang lain dan menjadikan muka penuh dengan keramahan dan keceriaan.

Membasuh kedua belah tangan sampai ke siku secara tidak lansung mampu untuk menghilangkan kuman yang terdapat pada tangan. Seperti dalam kajian yang telah dijalankan terhadap 305 pelajar sekolah di Detroit, kanak-kanak yang membasuh tangan empat kali sehari, tahap kehadirannya lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang kurang membasuh tangan, tahap kehadiran ke sekolah adalah rendah, ini kerana mereka mudah menghidap sakit perut dan penyakit pernafasan. Tambahan lagi, dalam tabloid Medical News Today bertajuk Handwashing Could Save One Million Children’s Live Each Year yang bertarikh 11 Jun 2004 menyatakan bahawa tabiat membasuh tangan yang sempurna dapat menyelamatkan lebih dari satu juta kanak-kanak yang berumur bawah satu tahun di negara miskin. Sekiranya kanak-kanak ini tidak berbuat demikian, mereka akan mudah menghidapi cirit-birit dan radang paru-paru (pneumonia). Manakala secara maknawinya, membasuh tangan adalah mengharapkan tangan itu bersih dari melakukan kezaliman, mencuri, rasuah dan supaya tangan melakukan amal kebaikan.

Bagi meransang bahagian otak pula, wuduk ada caranya iaitu dengan menyapu air ke kepala. Kepala akan menjadi lebih ringan dan sejuk, ini bermakna tekanan yang ada di kepala akan berkurangan dan sekali gus membolehkan otak bergerak dengan lebih lancar. Tambahan pula, ketika menyapukan air di kepala, kita mengharapkan supaya fikiran menjadi bersih dari rancangan-rancangan jahat dan supaya ianya dipenuhi dengan pemikiran yang mampu membawa kearah positif.

Kaki yang digunakan untuk berjalan juga merupakan aspek penting dalam wuduk. Secara logiknya, sememangnya kaki manusia tidak dapat lari daripada kekotoran. Menurut Dr. Magomed, apabila kaki kanan digosok dan dibasuh, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid dan pinggang. Bagi kaki kiri pula, saraf berperanan mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak untuk mengawal sistem endokrin. Oleh yang demikian, Islam telah menyuruh umatnya supaya membersihkan kaki sebelum memijak tempat sembahyang. Apabila rukun membasuh kaki ini dilaksanakan, maka ianya berharap agar kaki yang di basuh tadi, tidak akan melangkah ke tempat maksiat, sebaliknya melangkah ke tempat kebenaran dan juga kebaikan.

Akupuntur

Melalui kaedah perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih dari 700 kawasan yang aktif biologinya. 66 daripadanya jika diransang akan menghasilkan kesan positif, dan yang menakjubkan 61 daripada kawasan tersebut adalah kawasan utama untuk berwuduk. Antaranya 5 kawasan yang terletak di antara buku lali dan lutut. Ini dapat dibuktikan lagi melalui artikel Muslims Rituals and Their Effect on The Person’s Health oleh Dr. Magomed Magomedov, yang telah menyatakan: “Wuduk rangsang pusingan biologi manusia tertentu (kawasan aktif biologi), jika dirangsang dapat memberi kesan positif seseorang.”

Seimbangkan suhu badan

Suhu badan normal manusia adalah 37°c, dan kadangkala suhu badan boleh meningkat melebihi paras normal, ini mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan demam. Kebiasaannya, ada beberapa cara yang akan diambil bagi menurunkan kembali suhu badan, antaranya berendam di dalam air dan akan menuam dahi menggunakan ais. Apabila dikaji, didapati bahawa cara tersebut tidak mampu menurunkan suhu, sebaliknya akan meningkatkan lagi suhu dalam masa ynag singkat. Ini kerana cara tersebut menjadikan pembuluh darah berada bawah pengaruh suhu dingin dan hanya akan menyimpan suhu panas yang berkumpul dalam badan, bukan menghilangkan panas. Sebenarnya cara yang paling berkesan adalah menyapu kain yang basah ke seluruh badan. Perkara ini jika dilihat konsepnya sama dengan berwuduk, oleh sebab itu apabila selesai berwuduk, anda tidak digalakkan untuk menyapu kering wuduk tersebut dan wuduk itu harus dibiarkan meresap ke dalam kulit.


9. Paparan 7 air mutlak, dimulai dengan air sungai, air laut, air hujan, air perigi, air embun, air mata air dan salji.

Bagi menjamin wuduk yang digunakan sah untuk digunakan bagi tujuan-tujuan ibadah, wuduk tersebut mestilah menggunakan air mutlak. air mutlak adalah air yang suci lagi menyucikan, tiada keraguan pada air tersebut tentang kebersihannya. Air mutlak juga adalah air yang bebas daripada bau, rasa dan warna najis. Terdapat tujuh air yang dikategorikan sebagai air mutlak iaitu air sungai, air laut, air hujan, air perigi, air embun, air mata air dan salji.


10. Video orang awam sedang mengambil wuduk.

Secara amnya kita mendapati wuduk adalah salah satu langkah wajib atau syarat untuk memastikan solat atau sembahyang yang dilakukan oleh umat Islam itu dianggap sah. Serta memastikan kebersihan anggota badan dan kesucian rohani dan jiwa itu sentiasa terpelihara.Namun demikian terdapat fadhilah lain juga boleh diperolehi oleh orang yang bersifat ikhlas dan menyempurnakan wuduknya dengan baik sekali

Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wudhuk dengan baik,dosa-dosanya keluar dari badannya sehingga keluar dari bawah jari-jarinya." (Hadis Riwayat Muslim(361))

Namun, masih ramai yang tidak menyedari keistimewaan berwuduk. Selama ini kita hanya menyedari bahawa wuduk adalah untuk tujuan solat. Selain kepentingan wuduk dari sudut kesihatan, wuduk juga adalah salah satu landasan pembelajaran seperti dalam penerapan nilai murni antaranya berjimat cermat, menjaga kebersihan diri dan supaya kita menjadi lebih peka. Inilah yang telah diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dalam falsafah pendidikan wuduk Baginda supaya tidak menjadi orang yang suka membazir dan sentiasa menjaga kebersihan diri.




[+/-] Show Full Post...

Wednesday, April 8, 2009

Dokumentari Keajaiban wuduk

Posted by Muslim Rituals

video

[+/-] Show Full Post...

Zikir-Zikir Pagi dan Petang

Posted by Muslim Rituals


ZIKIR 1
Maksudnya : Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat dengan namaNya sesuatu di bumi dan langit dan Dialah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


ZIKIR 2
Maksudnya : Ya Allah berikanlah kesihatan pada badanku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada pendengaranku, Ya Allah berikanlah kesihatan pada penglihatanku, (sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.

ZIKIR 3
Maksudnya : Ya Allah aku berlindung denganMu daripada kekufuran dan kefakiran, Ya Allah aku berlindung denganMu dari azab kubur,(sesungguhnya) tiada Tuhan melainkan Engkau.

ZIKIR 4
Maksudnya : Wahai yang Tetap Hidup Yang Kekal memerintah selama-lamanya dengan rahmatMu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku kesemuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata.

ZIKIR 5
Maksudnya : Ya Allah ! Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan daku dan aku adalah hambaMu dan aku di atas perintah dan perjanjianMu sekadar keupayaanku, aku berlindung denganMu dari kejahatan barang yang aku lakukan, aku mengaku bagiMu dengan nikmatMu ke atasku dan aku mengaku dengan dosaku, maka ampunilah bagiku, maka sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan segala dosa melainkan Engkau.

ZIKIR 6
Maksudnya : Ya Allah ! Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu, dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan melainkan Dikau, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dan dari kejahatan syaitan dan sekutunya dan daripada usaha diriku untuk melakukan kejahatan atau lindungilah ia ketempat yang selamat


[+/-] Show Full Post...

Sejarah Solat 5 Waktu

Posted by Muslim Rituals


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.

Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.

Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.

Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.

Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.

Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.

Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.

Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.

Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.

Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.

Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.

Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun


[+/-] Show Full Post...