Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Photobucket
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Syukran Di Atas Kunjungan. Untuk Mendapatkan Paparan Lebih Baik, Sila Gunakan Browser Mozilla Firefox. Syukran
Saturday, April 4, 2009

Apa itu Wuduk

Posted by Muslim Rituals

Bagi sesiapa yang baru mengenali Islam, mungkin suatu kelainan sebelum bersembahyang kita perlu membasahkan anggota-anggota tertentu terlebih dahulu, namun hakikatnya dalam Islam, ianya bukan sekadar membasahkan anggota-anggota tertentu sahaja tetapi ianya dinamakan air sembahyang atau wuduk. Wuduk ini sebenarnya adalah satu keistimewaan yang telah dikurniakan Allah kepada umat Islam. Semestinya di sebalik perkara ini terdapat hikmah yang tersembunyi. Wuduk ini bererti membasuh anggota-anggota tertentu dengan air bagi maksud yang tertentu seperti sembahyang, tawaf di Ka’bah, menyentuh al- Quran dan sebagainya. Firman Allah dalam Surah al- Maidah ayat 6, maksudnya ada menyebut :

“Wahai orang-orang Yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau Dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu Yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” (Surah al- Maidah: ayat 6)

Manakala dalam Sabda Rasulullah s.a.w, bermaksud :
“Dari Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda : Allah tidak menerima sembahyang salah seorang di antara kamu bila dia berhadas hinggalah dia berwuduk.”
(H.R Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmizi)

Dalam Sabda Baginda yang lain ada mengatakan, maksudnya :
“Dari Abdullah as-Sunabaji r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Bila seorang hamba berwuduk lalu berkumur-kumur, keluarlah dosa-dosa dari mulutnya : jika dia membersihkan hidungnya, dosa-dosa akan keluar pula dari hidungnya, begitu juga ketika dia membasuh muka, dosa-dosa akan keluar dari mukanya sampai hari bawah pinggir kelopak matanya. Apabila dia membasuh kedua tangannya, dosa-dosanya akan turut keluar sampai dari bawah kukunya, demikian pula halnya bila dia menyapu kepala, dosa-dosanya akan keluar dari kepala hingga dari kedua telinganya. Demikianlah juga ketika dia membasuh kedua kaki, keluarlah pula dosa-dosa tersebut dari dalamnya sampai di bawah kuku jari-jari kakinya. Kemudian tinggallah perjalanannya ke masjid dan sembahyangnya menjadi pahala yang bersih baginya.”
(H.R Malik, Nasai’,Ibn Majah dan al-Hakim)

0 comments:

Post a Comment