Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Photobucket
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Syukran Di Atas Kunjungan. Untuk Mendapatkan Paparan Lebih Baik, Sila Gunakan Browser Mozilla Firefox. Syukran
Saturday, April 4, 2009

Wuduk dan kesihatan

Posted by Muslim Rituals

Akupuntur

Melalui kaedah perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih dari 700 kawasan yang aktif biologinya. 66 daripadanya jika diransang akan menghasilkan kesan positif, dan yang menakjubkan 61 daripada kawasan tersebut adalah kawasan utama untuk berwuduk. Antaranya 5 kawasan yang terletak di antara buku lali dan lutut. Ini dapat dibuktikan lagi melalui artikel Muslims Rituals and Their Effect on The Person’s Health oleh Dr. Magomed Magomedov, yang telah menyatakan:“Wuduk rangsang pusingan biologi manusia tertentu (kawasan aktif biologi), jika dirangsang dapat memberi kesan positif seseorang.”

Cegah Kanser

Ramai antara umat Islam sendiri yang masih belum menyedari hikmah disebalik wuduk. Di antara mereka hanya mengamalkan tanpa mengetahui faedah yang tersembunyi di sebalik hadiah yang Allah kurniakan ini, iaitu wuduk. Menurut Mukhtar Salam, buku Prayers : A Sport For The Soul and Body (The Arab Modern Center, Cairo, 1990 telah menyatakan bahawa wuduk dapat mencegah daripada kanser. Ini kerana penemuan membuktikan, salah satu punca kanser adalah bahan kimia yang melekat pada kulit kesan daripada pencemaran sekeliling. Dalam masa yang sama, menurut Ibn Qayum al-Jauziyah (Kitab at-Tib an-Nabawi):
“Mandi dan wuduk datangkan kesegaran badan, kesedapan jiwa serta hilangkan sebarang kotoran yang diperoleh.”

Seimbangkan suhu badan

Suhu badan normal manusia adalah 37°c, dan kadangkala suhu badan boleh meningkat melebihi paras normal, ini mungkin disebabkan cuaca yang sangat panas dan demam. Kebiasaannya, ada beberapa cara yang akan diambil bagi menurunkan kembali suhu badan, antaranya berendam di dalam air dan akan menuam dahi menggunakan ais. Apabila dikaji, didapati bahawa cara tersebut tidak mampu menurunkan suhu, sebaliknya akan meningkatkan lagi suhu dalam masa ynag singkat. Ini kerana cara tersebut menjadikan pembuluh darah berada bawah pengaruh suhu dingin dan hanya akan menyimpan suhu panas yang berkumpul dalam badan, bukan menghilangkan panas. Sebenarnya cara yang paling berkesan adalah menyapu kain yang basah ke seluruh badan. Perkara ini jika dilihat konsepnya sama dengan berwuduk, oleh sebab itu apabila selesai berwuduk, anda tidak digalakkan untuk menyapu kering wuduk tersebut dan wuduk itu harus dibiarkan meresap ke dalam kulit.

0 comments:

Post a Comment