Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us
Photobucket
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum. Syukran Di Atas Kunjungan. Untuk Mendapatkan Paparan Lebih Baik, Sila Gunakan Browser Mozilla Firefox. Syukran
Wednesday, April 8, 2009

Tahukah Anda.....

Posted by Muslim Rituals


Tahukah anda dengan mengamalkan minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti amalan:-

1. Mandi awal pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkanl emak berkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan mereka tidak mengalami masalah kegemukan.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena penyakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurangkurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening @ migrin. Ini dibuktikan oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa millimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana didalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur(enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.


0 comments:

Post a Comment